Semarak Rasa Tower Ramadan Buffet | Tower Regency Hotel Ipoh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ! ika bersiaran lagi. heeeee. kali nie ika nak share dengan korang salah satu Buffet Ramadan yang korang boleh terjah sempena bulan puasa nanti. Sempena menyambut bulan Ramadan Al Mubarak, Tower Regency Hotel turut mengadakan promosi makanan ala kampung di hotel mereka.



Bertemakan "SEMARAK RASA RAMADAN", Eksekutif Chef Tower Regency Hotel, Chef Dorret Joseph telah menyusun beberapa hidangan menu istimewa yang mengungkap nostalgia resepi masakan melayu lama bagi menyemarakkan suasana berbuka anda bersama keluarga, sahabat handai mahupun rakan sekerja bermula pada :

Tarikh : 6hb Mei - 4hb Jun 2019
Waktu : 7.00pm - 10.00pm
Tempat : Cafe@6 - Tingkat 6



Dari pelbagai jenis hidangan pembuka selera, nasi, lauk pauk hinggalah pemanis mulut, kami percaya anda semua pasti berpuas hati dan akan kembali. Dari kerabu kacang botol, taugeh pucuk paku kerang, mangga sebagai pembuka selera, pelbagai jenis bubur, limas, bengkang, tepung bungkus dan bermacam hidangan pemanis mulut.



my favourite ! sedap ooooo



adakah kerabu-kerabu di atas membuatkan anda telan air liur ? hahahahahaha ! best kan ? ika sendiri memang bertambah tambah makan kerabu pelam tu. sedapnya tu sampai bertambah. kalau anda pon nak rasa, kenalah cuba buffet di Tower Regency Hotel nie. 





Manakala hidangan utama seperti nasi, nasi briyani, nasi ulam dan nasi kerabu, rendang daging, daging masak hitam, ayam kalio, ayam masak merah, pajeri nenas, rendang, masak lemak siput sedut dengan labu hinggalah bermacam jenis ulaman dan sambal. Selain itu, gerai-gerai masakan panas dan segera juga boleh didapati di perkarangan kolam renang.








nie lagi satu kesukaan. suka ! suka ! suka !





buat penggemar kuih-muih, jangan risau. banyak sangat kuih-muih yang disediakan di Semarak Rasa Tower Ramadan Buffet nie. sampai ika sendiri pon dah rambang mata nak pilih nak makan yang mana dulu. semua pon kuih kesukaan ika nie terutama kuih ketayap tu. alamakkkk. sedapnya alahai.







makanan kat atas nie semua cantik dipandang kan ? tapi tapi tapi takkan nak pandang sahaja kan ? mestilah nak cuba sekali. cuba sekali pasti nak lagi. kan kan kan :P


Kesemua hidangan istimewa itu boleh didapati pada harga RM55.00 dewasa dan RM40.00 untuk kanak-kanak, manakali pada Jumaat dan Sabtu RM58.00 dewasa dan RM45.00 kanak-kanak. apa yang menariknya adalah pihak hotel akan menambah hidangan istimewa seperti kambing panggang bersama beberapa sos yang lazat dan bbq pada hari berkenaan.


nak lagi menarik ? Harga promosi pembelian Awal Ramadan baucer boleh didapati pada harga RM48.00 dewasa dan RM38.00 kanak-kanak bermula 6Mei-12Mei 2019.

Pihak hotel juga turut menyediakan surau yang bersih, luas, berhawa dingin dan selesa serta dilengkapi dengan tempat mengambil wuduk di Tingkat 10. makan, solat dan sambung makan :P

Selain hidangan buffet Ramadan yang istimewa, pihak hotel turut menawarkan harga bilik yang hebat iaitu Bilik Deluxe King - RM180.00 nett termasuk sahur dan buffet Ramadan untuk seorang, manakala bilik deluxe berkembar RM250.00 nett termasuk sahur untuk 2 orang dan buffet Ramadan untuk 2 orang.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian yang tertera di bawah :

Puan Norhaizan 0126281808
Meor Suhaniz 0196002078
Mimi Nasir 0196002417
Vinoth Prasath 0196002054

Atau hubungi terus di talian 052086888 sambungan 6900 atau 6000
Read More

Welcome Back IKA !



dah setahun tak menulis. awkward sangat rasanya nie. hahahahaha ! ada lagi ke yang sudi singgah dan baca blog ika nie ? dalam masa setahun nie macam-macam yang jadi. banyak sangat benda yang ika nak share dengan korang tapi tu laaa. kalau nak share sekarang, memang tak tertulis la ika banyaknya.

ika harap sangat kali nie back for good la. rindu sebenarnya nak menulis. rindu nak berblog. rindu nak blogwalking. ahhh rindu semua la senang. hahahahaha !

blog ika pon dah tak pakai domain www.nooratikahramli.com. ika memang dapat notification untuk renew tapi ika yang taknak renew dah sebab dah setahun tinggal blog. dah jadi blog suam-suam kuku. dulu seronok sangat menulis sebab rasa semua benda nak share. mana taknya. blog nie la diari ika. apa yang berlaku, apa yang ika buat, mesti nak tulis dalam nie.

tapi bila dah terlampau banyak keje, sampai tak sempat nak berblog, ika amik keputusan untuk tidak lagi menulis. pejam celik pejam celik dah setahun tinggalkan dunia blog. sekarang kembali semula. harapnya dapatla ika bertahan. heee. wish me luck okey ^^
Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com